Rabu, 18 Ogos 2010

Assalamualaikum.....

Salam Sejahtera...Salam 1 Malaysia.....


Pada 5 Ogos ( Khamis ) yang lalu PDK Palong 9 telah membuat 1 Program bersama Pasukan Penyayang Jempol iaitu Program Pergigian.Lebih dikenali dengan Program Gigi sihat oleh PDK Palong 9 sendiri.




Program ini dianjurkan oleh Pasukan Penyayang Jempol diadakan dari jam 9.00 Pagi hingga 12.00 Tengahhari. Seramai 10 orang ahli Pasukan Penyayang yang hadir menjayakan program ini yang terdiri daripada Doktor gigi, Sister, Jururawat dan Pembantu Jururawat Pergigian.




Seramai 15 orang Pelatih yang terlibat untuk program gigi sihat ini.Program ini diadakan khas oleh Pasukan Penyayang adalah untuk menumpukan kesihatan gigi dan kempen kesedaran penjagaan gigi dikalangan OKU PDK dengan kerjasama dari Penjaga OKU itu sendiri dan PDK.




Antara aktiviti yang dijalankan adalah latihan menggosok gigi yang betul, Pemeriksaan gigi dan ceramah penjagaan gigi kepada Ibu Bapa Penjaga OKU PDK.



Turut menjayakan Program ini adalah AJK PDK, Penyelia PDK, Petugas PDK dan Penjaga OKU PDK.Program ini juga adalah merupakan program tahunan PDK Felda Palong 9...

Sekian..Salam Kebajikan dari saya Penyelia dan Warga PDK Felda Palong 9.

Rabu, 7 Julai 2010

PESTA SUKAN REKYAT PDK DAERAH JEMPOL.

Assalamualaikum....

Salam Sejahtera ....

Pada 24 Jun 2010 ( Khamis ) yang lalu telah berlangsung satu Program PDK peringkat Daerah Jempol , iaitu Pesta Sukan Rakyat PDK. Seramai 140 Orang Pelatih OKU PDK dan 53 Orang Petugas PDK yang terlibat di dalam Sukan ini.Program bermula pada Jam 8.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahhari bertempat di Padang dan Dewan Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol.



Antara acara sukan yang dipertandingkan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu acara padang dan acara di dalam dewan.Antara acara - acara yang dipertandingkan adalah :

1 ) Acara Di Dalam Dewan :

- Congkak , Batu Seremban , Carom , Lidi dan baling bola dalam bakul.



2 ) Acara Padang :

- Baling tin , bowling kelapa , mumia , kupas telur , pancing ikan
dan botol , bawa bola pingpong dalam sudu semakin hari semakin
sayang dan sebagainya.




Selain itu , terdapat juga acara untuk Ibu Bapa OKU , AJK PDK dan Petugas PDK.
Bagi acara Perbarisan yang membawa Piala Pusingan pulang adalah dimenangi oleh PDK Felda Palong 9.Tujuan Program ini di buat adalah untuk menjadikannya sebagai Program tahunan PDK Daerah Jempol dan di samping itu mengeratkan lagi silaturahim antara Penyelarasan PDK Daerah Jempol , AJK PDK , Pelatih OKU , Penyelia PDK , Ibu Bapa dan Petugas PDK.



Majlis Penutup Program telah di sempurnakan oleh YB Dato'Shamsulkahar Bin Mohd Deli ( Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran Dan Pengajian Tinggi ) juga jemputan khas wakil Pengarah JKM Negeri Sembilan iaitu Encik Mohamad Afendy Bin Mohd Sani ( Penyelaras PDK Negeri Sembilan ).



Harapan dari Program ini agar dapat dijadikan Program tahunan dan dapat memupuk sikap terbuka dan penerimaan masyarakat terhadap golongan OKU ini.

Sekian , terima kasih.

Khamis, 29 April 2010

PRODUK - PRODUK DAN HASIL BENGKEL KELAS MAHSURI PDK FELDA PALONG 9.

Pelbagai barangan / produk Pelatih OKU Bengkel PDK yang dibuat dan sedia untuk tempahan.Antaranya ialah :


Bakul Rotan pelbagai saiz untuk ditempah.


Penggantung potpouri boleh ditempah pelbagai warna dan jenis.


Bekas kuih yg dihias sedia untuk ditempah mengikut kehendak tempahan.



Bakul Hiasan / Bakul hantaran.( Pelbagai jenis warna dan gubahan mengikut tempahan )



Mengambil Tempahan Bunga Telur pelbagai warna dan jenis mengikut tempahan

Rabu, 28 April 2010

PROGRAM PERTANDINGAN MEWARNA PDK PERINGKAT DAERAH JEMPOL.

Salam Kebajikan dan Salam Satu Malaysia...

Pada 27 April 2010 ( Selasa ) yang lepas, telah berlangsung satu program PDK di daerah Jempol iaitu Pertandingan Mewarna PDK peringkat Daerah Jempol.Seramai 100 Orang Pelatih OKU PDK yang menyertai pertandingan ini, dan melibatkan 7 buah PDK Daerah Jempol.Program Pertandingan mewarna ini bermula pada jam 8.30 Pagi dan berakhir pada jam 2.00 Petang.

Majlis penutup dirasmikan oleh En.Isa Bin Onzer ( Timbalan Pegawai Derah Jempol ), dan jemputan Majlis adalah terdiri daripada En.Quek Kia Ann( Timbalan Pengarah 2 Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol ) dan Pengerusi - Pengerusi PDK Daerah Jempol.


Pertandingan mewarna ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu :

1) Kategori 6 hingga 12 tahun
2) Kategori 13 hingga 16 tahun
3) Kategori 17 tahun keatas
4) Kategori Terbuka bagi Pelatih PDK 17 tahun ke atas.

Bagi Pelatih PDK Palong 9 telah memenangi beberapa kategori iaitu :



1 ) Mohd Shafrizam Bin Kosim memenagi Tempat pertama bagi kategori 6 hingga 12 tahun.



2 ) Norliza Binti AB Sahar memenangi Tempat Pertama bagi Kategori 17 tahun keatas
( Akal ).


3 ) Siti Salasiah Binti Reduan memenangi Tempat ke dua
bagi Kategori terbuka Pelatih PDK 17 tahun ke atas.


Program pertandingan mewarna peringkat Daerah Jempol ini diadakan adalah untuk mengasah minat dan mencungkil bakat mewarna bagi Pelatih OKU PDK di Daerah Jempol. Di samping itu juga Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pelatih OKU, Petugas dan Penyelia PDK serta AJK - AJK PDK Daerah Jempol ini.


Pelatih - Pelatih OKU PDK Felda Palong 9 yang menyertai
Pertandingan Mewarna PDK Peringkat Daerah Jempol.




Peserta PDK Felda Palong 9 bagi Kategori 6 hingga 12 Tahun.




Peserta - Peserta Pertandingan Mewarna dari seluruh PDK Daerah Jempol.

( Catatan Oleh : Penyelia PDK Palong 9 )

Selasa, 20 April 2010

MAJLIS HARI JADI PELATIH OKU PDK.

Salam buat semua bertemu lagi untuk sekian kalinya...

Pada 29 Mac 2010 ( Isnin ) yang lalu telah diadakan majlis sambutan harijadi bagi pelatih - pelatih OKU PDK Felda Palong 9 buat pertama kalinya.Sambutan harijadi ini disambut bagi pelatih - pelatih OKU PDK yang menyambut hari lahir / tarikh lahir sekitar bulan Januari hingga Mac.Seramai 5 orang pelatih OKU yang diraikan iaitu Aslina Bt Ramli , Mohd Suhaimi Bin Sharif , Ashimawati Bt Abdullah Sani , Zahirudin Irfan Bin Jailani , Norhaszila Bt Salleh dan Norsyambakri Bin Abd Ghani. Majlis diraikan oleh 15 orang Pelatih PDK yang lain , semua Petugas dan guru - guru , Penyelia PDK dan IbuBapa yang hadir.Majlis hari jadi ini akan dijadikan rutin PDK Felda Palong 9 untuk setiap 3 bulan sekali bagi meraikan pelatih - pelatih OKU yang menyambut hari lahir.Semua Pelatih adalah tidak dikecualikan bagi membuat sambutan hari jadi di PDK.Majlis seperti ini adalah untuk meraikan pelatih OKU PDK supaya tidak tersisih kerana mereka juga adalah seperti manusia lain di muka bumi Allah ini juga perlu diraikan dan dihargai...Sekian...

(Catatan Oleh : St.Ilyani / Penyelia PDK ).


Rabu, 24 Mac 2010

PANEL PENILAI PDK PALONG 9 , JEMPOL.

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM KEBAJIKAN BUAT SEMUA...

PADA 23HB MAC YANG LALU TELAH DIJALANKAN SESI PANEL PENILAI BAGI PDK PALONG 9 BUAT KALI YANG PERTAMA. WALAUPUN PDK PALONG 9 INI MASIH BARU DAN MERUPAKAN ANTARA PDK YANG BONGSU DI DAERAH JEMPOL SERTA DI NEGERI SEMBILAN INI , NAMUN PDK INI TIDAK MELEPASKAN PELUANG UNTUK MENJALANKAN PANEL PENILAI SEPERTI YANG DIWAJIBKAN DI DALAM GARIS PANDUAN PDK MALAYSIA.SERAMAI 5 ORANG PELATIH YANG TELAH DIPILIH UNTUK DIPANEL PENILAI IAITU MOHD SUHAIMI BIN SHARIF ( 8 TAHUN ), NORA ADIRA ( 17 TAHUN ), SITI SALASIAH BINTI REDUAN ( 22 TAHUN ), NORLIZA BINTI AB SAHAR ( 24 TAHUN ) DAN ASLINA BINTI RAMLI ( 27 TAHUN ).SESI PANEL PENILAI INI TERDIRI DARI BARISAN AHLI PANEL DARI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT ( CIK NURUL SUHAILA BINTI JELANI - WAKIL DARI PKMD JEMPOL ), DARI JABATAN KESIHATAN ( DR.MAHFUZAH - WAKIL PEJABAT KESIHATAN JEMPOL ), DARI JABATAN TENAGA KERJA ( PUAN NORSHEDA - WAKIL DARI PEJABAT TENAGA KERJA KUALA PILAH ) DAN DARI JABATAN PENDIDIKAN ( EN.HAZAMUDIN - WAKIL DARI PEJABAT PENDIDIKAN JEMPOL / JELEBU ).TURUT SERTA MENJAYAKAN SESI PANEL PENILAI INI ANTARANYA...EN.AHMAD BIN ISMAIL ( TIMBALAN PENGERUSI PDK PALONG 9 ), PENYELIA PDK , PETUGAS - PETUGAS PDK , PENJAGA - PENJAGA PELATIH PDK DAN TIDAK LUPA JUGA KEPADA PEMBANTU PDK YANG MENYEDIAKAN MINUM PETANG KAMI PADA PETANG ITU...
KEPUTUSAN BAGI PANEL PENILAIAN YANG TELAH DIBUAT, MOHD SUHAIMI BIN SHARIF DAN NORA ADIRA BINTI MOHD PAI DISYORKAN KE KELAS PENDIDIKAN KHAS YANG BERDEKATAN.BAGI NORLIZA BINTI AB SAHAR DAN ASLINA BINTI RAMLI DISYORKAN UNTUK MENJALANI LATIHAN JAHITAN.MANAKALA BAGI SITI SALASIAH BINTI REDUAN PULA DISYORKAN SUPAYA MEMOHON EPC BAGI TEMPAHAN YANG DIAMBIL DIRUMAH DAN SAMBIL MENJALANI LATIHAN KEMAHIRAN LAIN DI PDK.terima kasih diucapkan kepada barisan ahli panel penilai yang sudi hadir untuk membuat panel penilai ini..dan kepada yang menjayakan terima kasih diucapkan.Sekian catatan buat hari ini...

( Catatan Oleh : Penyelia PDK Palong 9 ).



Selasa, 23 Mac 2010

SUKAN SPECIAL OLYMPIC PERINGKAT NEGERI SEMBILAN.



ASSALAMUALAIKUM...

BERTEMU KEMBALI...SALAM KEBAJIKAN DAN SALAM 1 MALAYSIA...

PADA 15 DAN 16 MAC 2010 YANG LALU TELAH BERLANGSUNG SUKAN PERPESTIJ UNTUK OKU MASALAH AKAL DI NEGERI SEMBILAN.ACARA YANG DIPERTANDINGKAN ANTARANYA ACARA PADANG SEPERTI LONTAR BOLA LISUT , LOMPAT BERDIRI DAN LOMPAT JAUH .BAGI ACARA BALAPAN PULA YANG DIPERTANDINGKAN SEPERTI ACARA 50 METER LALAKI & PEREMPUAN , 100 METER LELAKI & PEREMPUAN DAN 4 X 100 METER LELAKI & PEREMPUAN.ATLIT - ATLIT TERDIRI DARIPADA PELATIH PDK SELURUH NEGERI SEMBILAN TERMASUKLAH ATLIT DARI TAMAN SINAR HARAPAN SEREMBAN.ANTARA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN SUKAN INI ADALAH PENYELARAS PDK NEGERI , PENYELARAS - PENYELARAS PDK DAERAH , PEGAWAI - PEGAWAI JKM DAERAH , KAKITANGAN - KAKITANGAN PKMD DAERAH , PENYELIA - PENYELIA PDK NEGERI SEMBILAN , PETUGAS- PETUGAS PDK NEGERI SEMBILAN DAN ATLIT - ATLIT DARI PDK SELURUH NEGERI SEMBILAN..TIDAK LUPA JUGA SUKARELAWAN - SUKARELAWAN YANG MENYUMBANG TENAGA DEMI MENJAYAKAN SUKAN INI.SEPANJANG 2 HARI SUKAN INI BERLANGSUNG , PADA MALAM 15HB TERSEBUT TELAH DIADAKAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN KEBUDAYAAN SEMPENA MERAIKAN ATLIT- ATLIT SERTA MEREKA -MERAKA YANG TELAH TURUT SAMA MENJAYAKAN SUKAN INI.PELBAGAI PERSEMBAHAN YANG TELAH DISEMBAHKAN ANTARANYA DIKIR BARAT YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH KONTINJEN DAERAH JEMPOL..MANTAP DAN ADA KELAINAN...SUNGGUH KREATIF.PADA 16HB PULA TELAH BERLANGSUNG PERBARISAN KONTINJEN - KONTINJEN DARI DAERAH - DAERAH SELURUH NEGERI SEMBILAN..TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PELATIH KAMI / ATLIT KAMI IAITU HAIROLIZAM DAN NORAZLI YANG BERJAYA MERAIH PINGAT DAN TELAH MENYUMBANGKAN TENAGA UNTUK PDK..SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA...TAHUN DEPAN JUMPA LAGI DALAM SUKAN SPECIAL OLYMPIC NEGERI SEMBILAN...

( Catatan Oleh : Penyelia PDK Palong 9 )

Ahad, 14 Mac 2010

PROGRAM PERTANDINGAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PDK DAERAH JEMPOL.


ASSALAMUALAIKUM BUAT SEMUA......
SALAM SATU MALAYSIA....


Bertemu lagi kita pada hari yang bahagia ini..


Pada 10 Febuari 2010 yang lalu, telah berlangsung 1 program Pertandingan Kesenian Dan Kebudayaan PDK Peringkat Daerah Jempol  yang telah dijalankan dari jam 7.30 Pagi hingga jam 5.00 Petang. Majlis ini dimulakan dengan Pertandingan Kesenian dan Kebudayaan yang melibatkan beberapa acara iaitu Pertandingan Drama tari bertema 1 Malaysia , Pertandingan Nyanyian Solo lagu 1 Malaysia, Pertandingan PermainanAlat Muzik ( Yang telah dijalankan dahulu sebelumnya ) dan acara Pakaian Beragam. Pertandingan inidisertai oleh 7 buah PDK dari Daerah Jempol  termasuklah kami sendiri PDK PALONG 9.Kemudian acara diyeruskan dengan Pertandingan mewarna yang turut disertai oleh kanak - kanak Tadika Perpaduan. Tahniah Norliza Bt Ab Sahar Pelatih OKU Kami yang memenangi tempat ke - 3 Pertandingan mewarna ini.Tidak lupa jugakepada 2 lagi Pelatih kami iaitu Siti SalasiahRiduan dan Norazli Dahlan yang memenangi acara Pakaian Beragam. Sepanjang Pertandingan ini , telah dijalankan pameran - pameran serta jualan dari PDK - PDK Daerah Jempol. Kami PDK Palong 9 membuat jualan pelbagai jenis air minuman dan tempoyak serta pameran kraftangan PDK hasil dari Pelatih kami. Disamping itu juga terdapat Pameran dari Pihak Pejabat - Pejabat kerajaan dan swasta yang lain seperti Majlis Daerah, Steamiyx , Jabatan Kesihatan yang membuat pameran dan pemeriksaan serta banyak lagi pameran. Pada hari tersebut juga adalah nmerupakan hari terbuka Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol bersama Klien2nya. Pada petang harinya adalah merupakan Majlis kemuncak yang Dirasmikan Oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Lilah Bin Haji Yasin. Terima Kasih Yang Berbahagia Dato'..Dan Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan Program ini....Salam Kebajikan dari saya...Penyelia PDK Palong 9...untuk semua warga PDK..


Isnin, 8 Mac 2010

GOTONG ROYONG AJK PDK BERSAMA BELIA FELDA PALONG 9



BERTEMU BUAT SEMUA...

KALI INI BERSAMA AJK DAN BELIA FELDA PALONG 9 DALAM AKTIVITI GOTONG ROYONG MEMBERSIH KAN KAWASAN PESIKITARAN BANGUNAN PDK SERAMAI 30 ORANG TERLIBAT DALAM PROGRAM TERSEBUT APA YANG MENARIK GULUNGAN BELIA DAN IBU BAPA SERTA ANAK KURANG UPAYA TURUT SERTA
GOTONG ROYONG ADALAH PROGRAM YANG YANG MENJADI PUSAKA ZAMAN BERZAMAN INI LAH CARA KITA MEMUPUK SEMANGAT KERJA SAMA TOLONG MENOLONG BANTU MEMBANTU TAMPA MENGIRA UPAH DAN BAYARAN SEMANGAT INI HENDAK LAH SENTIASA DI SEMAI KAN DAN  DI JADIKAN AMALAN HIDUP BUDAYA KITA WALAU DALAM HARUS KEMODENAN ZAMAN..

( Catatan Oleh : Pengerusi PDK Palong 9 )

Rabu, 27 Januari 2010

PELANCARAN LAMAN BLOG PDK FELDA PALONG 9




BERTEMU BUAT SEMUA


ASALAMUALIKUM WARAHMATULLAH HIWABAROKATUH


DAN SALAM SATU MALAYSIA

pertama pak lurah merakam setinggi taniah kepada petugas petugas PDK FELDA palong 9 yang sangup dibawa harus dunya permodenan terutama dunya IT pak lurah meharap kan supaya kita dapat menguna kan alam maya ini dengan mempamir kan info yang mendatang manafaat kepada umum dan pastinya yang baik akan menjadi ikutan dan panduan orang ramai



MESYUARAT AJK


Jam 900 pagi pak lurah sampai di bangunan PDK FELDA palong 9 untuk mengadakan mesyuarat AJK
yang pertama untuk tahun 2010 dan menyampai bantuan dan  elaun bulanan kepada gulungan kurang upaya
dalam mesyuarat tersebut tiga kertas kerja di bentang ketiga nya di lulus kan
Ini sahaja yang dapat Pak Lurah sampai kan, Salam Pak Lurah




Barisan AJK PDK Felda Palong 9





Mesyuarat AJK Kali Pertama Pada Tahun 2010



Sabtu, 23 Januari 2010

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa & Majlis Penyerahan Elaun Khas OKU



Jumaat,22/01/2010 bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK ) Felda Palong 9 telah diadakan mesyuarat ahli jawatankuasa PDK.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Othman B.Haji Parman,selaku pengerusi PDK Felda Palong 9.Turut hadir Cik Nurul Suhaila Bt Jelani selaku penolong penyelaras PDK Daerah Jempol.Dalam agenda mesyuarat tersebut turut dibincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun.



Turut diadakan juga majlis penyerahan elaun khas OKU.Penyerahan disampaikan kepada penjaga-penjaga OKU berkaitan.Seramai kira-kira 60 orang yang telah hadir di majlis yang diadakan yang terdiri daripada ahli jawatankuasa,petugas,penyelia,penjaga OKU dan OKU itu sendiri.

Selasa, 12 Januari 2010

Selamat Datang Ke PDK Palong 9

PDK Palong 9 baru sahaja membina blog nya sendiri.Blog ini dibina adalah bertujuan untuk mengwar-war kan kepada masyarakat bahawa kini telah bertambah lagi satu PDK di daerah Jempol di samping ingin mengetahui maklum balas dari masyarakat tentang adanya progam pemulihan dalam komuniti ini.