Selasa, 16 Ogos 2011

KURSUS AAC ZON SELATAN






Aughmentatif & Alternatif Comunication Peringkat Zon tengah ini telah diadakan pada 22 hingga 25 April 2011 yang lalu di Felda Reciden , Felda Tenggaroh , Mersing , Johor. Kursus ini telah disertai oleh penyelia dan petugas - petugas PDK dari Negeri Melaka , Negeri Sembilan dan juga Johor. Bagi PDK Negeri Sembilan , ianya telah disertai oleh PDK Tampin , PDK Palong 9 , PDK Teluk Kemang dan PDK Nilai. Banyak ilmu pengetahuan tentang AAC ini yang dapat diketahui melalui kursus ini antaranya menggunakan perisian Board Maker.

KURSUS PEMANTAPAN PERANAN AJK PDK DAERAH JEMPOL DAN KUALA PILAH.














Kursus Pemantapan Peranan AJK PDK yang melibatkan Pengerusi , Bendahari, Setiausaha dan Penyelia PDK Daerah Jempol dan Kuala Pilah ini telah diadakan pada 16 hingga 18 Mac 2011 di Ancasa Hotel Port Dickson. Telah banyak pengalaman yang dikongsi dan pengetahuan yang ditambah oleh para peserta dalam kursus ini.

Rabu, 6 April 2011

PERTANDINGAN FUTSAL PDK PIALA PKMD JEMPOL.

Pada 22 Mac 2011 yang lalu telah diadakan Pertandingan Futsal PDK Piala PKMD Daerah Jempol.Penyertaan dari 7 buah PDK yang terlibat iaitu PDK Felda Palong 9, PDK Bahau, PDK Kompleks Serting, PDK Serting Hilir, PDK Felda Palong 6, PDK Ayer Hitam dan PDK Pasoh 2&3.Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu acara Pelatih PDK dan acara Petugas PDK.Majlis pembukaan dirasmikan oleh YB Dato Zainal Abidin dan Perasmian Penutup oleh Encik Mohamad Affendy Bin Mat Sani ( Penyelaras PDK Negeri Sembilan. Kehadiran terdiri daripada Semua Penyalia & Petugas PDK Daerah Jempol, Pelatih - pelatih yang mewakili 7 buah PDK, AJK2 & Pengerusi2 PDK, Pengadil pertandingan dari PKMD Jempol, Penyelaras dan Penolong Penyelaras PDK Daerah Jempol serta Ibubapa Pelatih yang sempat hadir.


Senaman AeRobik telah diadakan sebelum pertandingan. 

      




  Antara aksi Pemain - pemain pertandingan.
                                               



Hadiah disampaikan oleh En.Mohamad Afendy ( Penyelaras PDK Negeri ) dan En.Mustafal Bakri ( Pegawai PKMD Jempol).

Pertandingan Futsal bagi acara Pelatih PDK dimenangi oleh PDK Felda Palong 9 dan acara petugas dimenangi oleh PDK Pasoh.

Isnin, 28 Mac 2011

Lawatan sambil Belajar

Lawatan sambil belajar PDK Felda Palong 9, telah diadakan ke Melaka pada 13 Oktober 2010 yang lalu bermula pada jam 7.30 pagi hingga 9.00 malam menaiki bas persiaran yang di taja oleh seorang peniaga Felda Palong 5 ( Pn. Hamidah - Kedai Santan FElda Palong 5 ), terima kasih diucapkan kepada beliau. Lawatan dibuat ke Zoo Melaka , Menara Taming Sari dan A’Famosa Resort. Seramai 15 Orang Pelatih OKU PDK,Penyelia dan 3 orang petugas dan 15 orang penjaga yang menyertai lawatan sambil belajar ini.
(Disediakan Oleh : Siti Ilyani )

Rabu, 18 Ogos 2010

Assalamualaikum.....

Salam Sejahtera...Salam 1 Malaysia.....


Pada 5 Ogos ( Khamis ) yang lalu PDK Palong 9 telah membuat 1 Program bersama Pasukan Penyayang Jempol iaitu Program Pergigian.Lebih dikenali dengan Program Gigi sihat oleh PDK Palong 9 sendiri.




Program ini dianjurkan oleh Pasukan Penyayang Jempol diadakan dari jam 9.00 Pagi hingga 12.00 Tengahhari. Seramai 10 orang ahli Pasukan Penyayang yang hadir menjayakan program ini yang terdiri daripada Doktor gigi, Sister, Jururawat dan Pembantu Jururawat Pergigian.




Seramai 15 orang Pelatih yang terlibat untuk program gigi sihat ini.Program ini diadakan khas oleh Pasukan Penyayang adalah untuk menumpukan kesihatan gigi dan kempen kesedaran penjagaan gigi dikalangan OKU PDK dengan kerjasama dari Penjaga OKU itu sendiri dan PDK.




Antara aktiviti yang dijalankan adalah latihan menggosok gigi yang betul, Pemeriksaan gigi dan ceramah penjagaan gigi kepada Ibu Bapa Penjaga OKU PDK.



Turut menjayakan Program ini adalah AJK PDK, Penyelia PDK, Petugas PDK dan Penjaga OKU PDK.Program ini juga adalah merupakan program tahunan PDK Felda Palong 9...

Sekian..Salam Kebajikan dari saya Penyelia dan Warga PDK Felda Palong 9.

Rabu, 7 Julai 2010

PESTA SUKAN REKYAT PDK DAERAH JEMPOL.

Assalamualaikum....

Salam Sejahtera ....

Pada 24 Jun 2010 ( Khamis ) yang lalu telah berlangsung satu Program PDK peringkat Daerah Jempol , iaitu Pesta Sukan Rakyat PDK. Seramai 140 Orang Pelatih OKU PDK dan 53 Orang Petugas PDK yang terlibat di dalam Sukan ini.Program bermula pada Jam 8.00 Pagi sehingga 12.00 Tengahhari bertempat di Padang dan Dewan Pejabat Daerah Dan Tanah Jempol.



Antara acara sukan yang dipertandingkan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu acara padang dan acara di dalam dewan.Antara acara - acara yang dipertandingkan adalah :

1 ) Acara Di Dalam Dewan :

- Congkak , Batu Seremban , Carom , Lidi dan baling bola dalam bakul.



2 ) Acara Padang :

- Baling tin , bowling kelapa , mumia , kupas telur , pancing ikan
dan botol , bawa bola pingpong dalam sudu semakin hari semakin
sayang dan sebagainya.




Selain itu , terdapat juga acara untuk Ibu Bapa OKU , AJK PDK dan Petugas PDK.
Bagi acara Perbarisan yang membawa Piala Pusingan pulang adalah dimenangi oleh PDK Felda Palong 9.Tujuan Program ini di buat adalah untuk menjadikannya sebagai Program tahunan PDK Daerah Jempol dan di samping itu mengeratkan lagi silaturahim antara Penyelarasan PDK Daerah Jempol , AJK PDK , Pelatih OKU , Penyelia PDK , Ibu Bapa dan Petugas PDK.



Majlis Penutup Program telah di sempurnakan oleh YB Dato'Shamsulkahar Bin Mohd Deli ( Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran Dan Pengajian Tinggi ) juga jemputan khas wakil Pengarah JKM Negeri Sembilan iaitu Encik Mohamad Afendy Bin Mohd Sani ( Penyelaras PDK Negeri Sembilan ).



Harapan dari Program ini agar dapat dijadikan Program tahunan dan dapat memupuk sikap terbuka dan penerimaan masyarakat terhadap golongan OKU ini.

Sekian , terima kasih.

Khamis, 29 April 2010

PRODUK - PRODUK DAN HASIL BENGKEL KELAS MAHSURI PDK FELDA PALONG 9.

Pelbagai barangan / produk Pelatih OKU Bengkel PDK yang dibuat dan sedia untuk tempahan.Antaranya ialah :


Bakul Rotan pelbagai saiz untuk ditempah.


Penggantung potpouri boleh ditempah pelbagai warna dan jenis.


Bekas kuih yg dihias sedia untuk ditempah mengikut kehendak tempahan.



Bakul Hiasan / Bakul hantaran.( Pelbagai jenis warna dan gubahan mengikut tempahan )



Mengambil Tempahan Bunga Telur pelbagai warna dan jenis mengikut tempahan