Rabu, 24 Mac 2010

PANEL PENILAI PDK PALONG 9 , JEMPOL.

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM KEBAJIKAN BUAT SEMUA...

PADA 23HB MAC YANG LALU TELAH DIJALANKAN SESI PANEL PENILAI BAGI PDK PALONG 9 BUAT KALI YANG PERTAMA. WALAUPUN PDK PALONG 9 INI MASIH BARU DAN MERUPAKAN ANTARA PDK YANG BONGSU DI DAERAH JEMPOL SERTA DI NEGERI SEMBILAN INI , NAMUN PDK INI TIDAK MELEPASKAN PELUANG UNTUK MENJALANKAN PANEL PENILAI SEPERTI YANG DIWAJIBKAN DI DALAM GARIS PANDUAN PDK MALAYSIA.SERAMAI 5 ORANG PELATIH YANG TELAH DIPILIH UNTUK DIPANEL PENILAI IAITU MOHD SUHAIMI BIN SHARIF ( 8 TAHUN ), NORA ADIRA ( 17 TAHUN ), SITI SALASIAH BINTI REDUAN ( 22 TAHUN ), NORLIZA BINTI AB SAHAR ( 24 TAHUN ) DAN ASLINA BINTI RAMLI ( 27 TAHUN ).SESI PANEL PENILAI INI TERDIRI DARI BARISAN AHLI PANEL DARI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT ( CIK NURUL SUHAILA BINTI JELANI - WAKIL DARI PKMD JEMPOL ), DARI JABATAN KESIHATAN ( DR.MAHFUZAH - WAKIL PEJABAT KESIHATAN JEMPOL ), DARI JABATAN TENAGA KERJA ( PUAN NORSHEDA - WAKIL DARI PEJABAT TENAGA KERJA KUALA PILAH ) DAN DARI JABATAN PENDIDIKAN ( EN.HAZAMUDIN - WAKIL DARI PEJABAT PENDIDIKAN JEMPOL / JELEBU ).TURUT SERTA MENJAYAKAN SESI PANEL PENILAI INI ANTARANYA...EN.AHMAD BIN ISMAIL ( TIMBALAN PENGERUSI PDK PALONG 9 ), PENYELIA PDK , PETUGAS - PETUGAS PDK , PENJAGA - PENJAGA PELATIH PDK DAN TIDAK LUPA JUGA KEPADA PEMBANTU PDK YANG MENYEDIAKAN MINUM PETANG KAMI PADA PETANG ITU...
KEPUTUSAN BAGI PANEL PENILAIAN YANG TELAH DIBUAT, MOHD SUHAIMI BIN SHARIF DAN NORA ADIRA BINTI MOHD PAI DISYORKAN KE KELAS PENDIDIKAN KHAS YANG BERDEKATAN.BAGI NORLIZA BINTI AB SAHAR DAN ASLINA BINTI RAMLI DISYORKAN UNTUK MENJALANI LATIHAN JAHITAN.MANAKALA BAGI SITI SALASIAH BINTI REDUAN PULA DISYORKAN SUPAYA MEMOHON EPC BAGI TEMPAHAN YANG DIAMBIL DIRUMAH DAN SAMBIL MENJALANI LATIHAN KEMAHIRAN LAIN DI PDK.terima kasih diucapkan kepada barisan ahli panel penilai yang sudi hadir untuk membuat panel penilai ini..dan kepada yang menjayakan terima kasih diucapkan.Sekian catatan buat hari ini...

( Catatan Oleh : Penyelia PDK Palong 9 ).



Tiada ulasan: