Khamis, 29 April 2010

PRODUK - PRODUK DAN HASIL BENGKEL KELAS MAHSURI PDK FELDA PALONG 9.

Pelbagai barangan / produk Pelatih OKU Bengkel PDK yang dibuat dan sedia untuk tempahan.Antaranya ialah :


Bakul Rotan pelbagai saiz untuk ditempah.


Penggantung potpouri boleh ditempah pelbagai warna dan jenis.


Bekas kuih yg dihias sedia untuk ditempah mengikut kehendak tempahan.



Bakul Hiasan / Bakul hantaran.( Pelbagai jenis warna dan gubahan mengikut tempahan )



Mengambil Tempahan Bunga Telur pelbagai warna dan jenis mengikut tempahan

Rabu, 28 April 2010

PROGRAM PERTANDINGAN MEWARNA PDK PERINGKAT DAERAH JEMPOL.

Salam Kebajikan dan Salam Satu Malaysia...

Pada 27 April 2010 ( Selasa ) yang lepas, telah berlangsung satu program PDK di daerah Jempol iaitu Pertandingan Mewarna PDK peringkat Daerah Jempol.Seramai 100 Orang Pelatih OKU PDK yang menyertai pertandingan ini, dan melibatkan 7 buah PDK Daerah Jempol.Program Pertandingan mewarna ini bermula pada jam 8.30 Pagi dan berakhir pada jam 2.00 Petang.

Majlis penutup dirasmikan oleh En.Isa Bin Onzer ( Timbalan Pegawai Derah Jempol ), dan jemputan Majlis adalah terdiri daripada En.Quek Kia Ann( Timbalan Pengarah 2 Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol ) dan Pengerusi - Pengerusi PDK Daerah Jempol.


Pertandingan mewarna ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu :

1) Kategori 6 hingga 12 tahun
2) Kategori 13 hingga 16 tahun
3) Kategori 17 tahun keatas
4) Kategori Terbuka bagi Pelatih PDK 17 tahun ke atas.

Bagi Pelatih PDK Palong 9 telah memenangi beberapa kategori iaitu :



1 ) Mohd Shafrizam Bin Kosim memenagi Tempat pertama bagi kategori 6 hingga 12 tahun.



2 ) Norliza Binti AB Sahar memenangi Tempat Pertama bagi Kategori 17 tahun keatas
( Akal ).


3 ) Siti Salasiah Binti Reduan memenangi Tempat ke dua
bagi Kategori terbuka Pelatih PDK 17 tahun ke atas.


Program pertandingan mewarna peringkat Daerah Jempol ini diadakan adalah untuk mengasah minat dan mencungkil bakat mewarna bagi Pelatih OKU PDK di Daerah Jempol. Di samping itu juga Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pelatih OKU, Petugas dan Penyelia PDK serta AJK - AJK PDK Daerah Jempol ini.


Pelatih - Pelatih OKU PDK Felda Palong 9 yang menyertai
Pertandingan Mewarna PDK Peringkat Daerah Jempol.




Peserta PDK Felda Palong 9 bagi Kategori 6 hingga 12 Tahun.




Peserta - Peserta Pertandingan Mewarna dari seluruh PDK Daerah Jempol.

( Catatan Oleh : Penyelia PDK Palong 9 )

Selasa, 20 April 2010

MAJLIS HARI JADI PELATIH OKU PDK.

Salam buat semua bertemu lagi untuk sekian kalinya...

Pada 29 Mac 2010 ( Isnin ) yang lalu telah diadakan majlis sambutan harijadi bagi pelatih - pelatih OKU PDK Felda Palong 9 buat pertama kalinya.Sambutan harijadi ini disambut bagi pelatih - pelatih OKU PDK yang menyambut hari lahir / tarikh lahir sekitar bulan Januari hingga Mac.Seramai 5 orang pelatih OKU yang diraikan iaitu Aslina Bt Ramli , Mohd Suhaimi Bin Sharif , Ashimawati Bt Abdullah Sani , Zahirudin Irfan Bin Jailani , Norhaszila Bt Salleh dan Norsyambakri Bin Abd Ghani. Majlis diraikan oleh 15 orang Pelatih PDK yang lain , semua Petugas dan guru - guru , Penyelia PDK dan IbuBapa yang hadir.Majlis hari jadi ini akan dijadikan rutin PDK Felda Palong 9 untuk setiap 3 bulan sekali bagi meraikan pelatih - pelatih OKU yang menyambut hari lahir.Semua Pelatih adalah tidak dikecualikan bagi membuat sambutan hari jadi di PDK.Majlis seperti ini adalah untuk meraikan pelatih OKU PDK supaya tidak tersisih kerana mereka juga adalah seperti manusia lain di muka bumi Allah ini juga perlu diraikan dan dihargai...Sekian...

(Catatan Oleh : St.Ilyani / Penyelia PDK ).