Rabu, 24 Mac 2010

PANEL PENILAI PDK PALONG 9 , JEMPOL.

ASSALAMUALAIKUM....

SALAM KEBAJIKAN BUAT SEMUA...

PADA 23HB MAC YANG LALU TELAH DIJALANKAN SESI PANEL PENILAI BAGI PDK PALONG 9 BUAT KALI YANG PERTAMA. WALAUPUN PDK PALONG 9 INI MASIH BARU DAN MERUPAKAN ANTARA PDK YANG BONGSU DI DAERAH JEMPOL SERTA DI NEGERI SEMBILAN INI , NAMUN PDK INI TIDAK MELEPASKAN PELUANG UNTUK MENJALANKAN PANEL PENILAI SEPERTI YANG DIWAJIBKAN DI DALAM GARIS PANDUAN PDK MALAYSIA.SERAMAI 5 ORANG PELATIH YANG TELAH DIPILIH UNTUK DIPANEL PENILAI IAITU MOHD SUHAIMI BIN SHARIF ( 8 TAHUN ), NORA ADIRA ( 17 TAHUN ), SITI SALASIAH BINTI REDUAN ( 22 TAHUN ), NORLIZA BINTI AB SAHAR ( 24 TAHUN ) DAN ASLINA BINTI RAMLI ( 27 TAHUN ).SESI PANEL PENILAI INI TERDIRI DARI BARISAN AHLI PANEL DARI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT ( CIK NURUL SUHAILA BINTI JELANI - WAKIL DARI PKMD JEMPOL ), DARI JABATAN KESIHATAN ( DR.MAHFUZAH - WAKIL PEJABAT KESIHATAN JEMPOL ), DARI JABATAN TENAGA KERJA ( PUAN NORSHEDA - WAKIL DARI PEJABAT TENAGA KERJA KUALA PILAH ) DAN DARI JABATAN PENDIDIKAN ( EN.HAZAMUDIN - WAKIL DARI PEJABAT PENDIDIKAN JEMPOL / JELEBU ).TURUT SERTA MENJAYAKAN SESI PANEL PENILAI INI ANTARANYA...EN.AHMAD BIN ISMAIL ( TIMBALAN PENGERUSI PDK PALONG 9 ), PENYELIA PDK , PETUGAS - PETUGAS PDK , PENJAGA - PENJAGA PELATIH PDK DAN TIDAK LUPA JUGA KEPADA PEMBANTU PDK YANG MENYEDIAKAN MINUM PETANG KAMI PADA PETANG ITU...
KEPUTUSAN BAGI PANEL PENILAIAN YANG TELAH DIBUAT, MOHD SUHAIMI BIN SHARIF DAN NORA ADIRA BINTI MOHD PAI DISYORKAN KE KELAS PENDIDIKAN KHAS YANG BERDEKATAN.BAGI NORLIZA BINTI AB SAHAR DAN ASLINA BINTI RAMLI DISYORKAN UNTUK MENJALANI LATIHAN JAHITAN.MANAKALA BAGI SITI SALASIAH BINTI REDUAN PULA DISYORKAN SUPAYA MEMOHON EPC BAGI TEMPAHAN YANG DIAMBIL DIRUMAH DAN SAMBIL MENJALANI LATIHAN KEMAHIRAN LAIN DI PDK.terima kasih diucapkan kepada barisan ahli panel penilai yang sudi hadir untuk membuat panel penilai ini..dan kepada yang menjayakan terima kasih diucapkan.Sekian catatan buat hari ini...

( Catatan Oleh : Penyelia PDK Palong 9 ).



Selasa, 23 Mac 2010

SUKAN SPECIAL OLYMPIC PERINGKAT NEGERI SEMBILAN.



ASSALAMUALAIKUM...

BERTEMU KEMBALI...SALAM KEBAJIKAN DAN SALAM 1 MALAYSIA...

PADA 15 DAN 16 MAC 2010 YANG LALU TELAH BERLANGSUNG SUKAN PERPESTIJ UNTUK OKU MASALAH AKAL DI NEGERI SEMBILAN.ACARA YANG DIPERTANDINGKAN ANTARANYA ACARA PADANG SEPERTI LONTAR BOLA LISUT , LOMPAT BERDIRI DAN LOMPAT JAUH .BAGI ACARA BALAPAN PULA YANG DIPERTANDINGKAN SEPERTI ACARA 50 METER LALAKI & PEREMPUAN , 100 METER LELAKI & PEREMPUAN DAN 4 X 100 METER LELAKI & PEREMPUAN.ATLIT - ATLIT TERDIRI DARIPADA PELATIH PDK SELURUH NEGERI SEMBILAN TERMASUKLAH ATLIT DARI TAMAN SINAR HARAPAN SEREMBAN.ANTARA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN SUKAN INI ADALAH PENYELARAS PDK NEGERI , PENYELARAS - PENYELARAS PDK DAERAH , PEGAWAI - PEGAWAI JKM DAERAH , KAKITANGAN - KAKITANGAN PKMD DAERAH , PENYELIA - PENYELIA PDK NEGERI SEMBILAN , PETUGAS- PETUGAS PDK NEGERI SEMBILAN DAN ATLIT - ATLIT DARI PDK SELURUH NEGERI SEMBILAN..TIDAK LUPA JUGA SUKARELAWAN - SUKARELAWAN YANG MENYUMBANG TENAGA DEMI MENJAYAKAN SUKAN INI.SEPANJANG 2 HARI SUKAN INI BERLANGSUNG , PADA MALAM 15HB TERSEBUT TELAH DIADAKAN MAJLIS MAKAN MALAM DAN KEBUDAYAAN SEMPENA MERAIKAN ATLIT- ATLIT SERTA MEREKA -MERAKA YANG TELAH TURUT SAMA MENJAYAKAN SUKAN INI.PELBAGAI PERSEMBAHAN YANG TELAH DISEMBAHKAN ANTARANYA DIKIR BARAT YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH KONTINJEN DAERAH JEMPOL..MANTAP DAN ADA KELAINAN...SUNGGUH KREATIF.PADA 16HB PULA TELAH BERLANGSUNG PERBARISAN KONTINJEN - KONTINJEN DARI DAERAH - DAERAH SELURUH NEGERI SEMBILAN..TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PELATIH KAMI / ATLIT KAMI IAITU HAIROLIZAM DAN NORAZLI YANG BERJAYA MERAIH PINGAT DAN TELAH MENYUMBANGKAN TENAGA UNTUK PDK..SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA...TAHUN DEPAN JUMPA LAGI DALAM SUKAN SPECIAL OLYMPIC NEGERI SEMBILAN...

( Catatan Oleh : Penyelia PDK Palong 9 )

Ahad, 14 Mac 2010

PROGRAM PERTANDINGAN KESENIAN DAN KEBUDAYAAN PDK DAERAH JEMPOL.


ASSALAMUALAIKUM BUAT SEMUA......
SALAM SATU MALAYSIA....


Bertemu lagi kita pada hari yang bahagia ini..


Pada 10 Febuari 2010 yang lalu, telah berlangsung 1 program Pertandingan Kesenian Dan Kebudayaan PDK Peringkat Daerah Jempol  yang telah dijalankan dari jam 7.30 Pagi hingga jam 5.00 Petang. Majlis ini dimulakan dengan Pertandingan Kesenian dan Kebudayaan yang melibatkan beberapa acara iaitu Pertandingan Drama tari bertema 1 Malaysia , Pertandingan Nyanyian Solo lagu 1 Malaysia, Pertandingan PermainanAlat Muzik ( Yang telah dijalankan dahulu sebelumnya ) dan acara Pakaian Beragam. Pertandingan inidisertai oleh 7 buah PDK dari Daerah Jempol  termasuklah kami sendiri PDK PALONG 9.Kemudian acara diyeruskan dengan Pertandingan mewarna yang turut disertai oleh kanak - kanak Tadika Perpaduan. Tahniah Norliza Bt Ab Sahar Pelatih OKU Kami yang memenangi tempat ke - 3 Pertandingan mewarna ini.Tidak lupa jugakepada 2 lagi Pelatih kami iaitu Siti SalasiahRiduan dan Norazli Dahlan yang memenangi acara Pakaian Beragam. Sepanjang Pertandingan ini , telah dijalankan pameran - pameran serta jualan dari PDK - PDK Daerah Jempol. Kami PDK Palong 9 membuat jualan pelbagai jenis air minuman dan tempoyak serta pameran kraftangan PDK hasil dari Pelatih kami. Disamping itu juga terdapat Pameran dari Pihak Pejabat - Pejabat kerajaan dan swasta yang lain seperti Majlis Daerah, Steamiyx , Jabatan Kesihatan yang membuat pameran dan pemeriksaan serta banyak lagi pameran. Pada hari tersebut juga adalah nmerupakan hari terbuka Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jempol bersama Klien2nya. Pada petang harinya adalah merupakan Majlis kemuncak yang Dirasmikan Oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Lilah Bin Haji Yasin. Terima Kasih Yang Berbahagia Dato'..Dan Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan Program ini....Salam Kebajikan dari saya...Penyelia PDK Palong 9...untuk semua warga PDK..


Isnin, 8 Mac 2010

GOTONG ROYONG AJK PDK BERSAMA BELIA FELDA PALONG 9



BERTEMU BUAT SEMUA...

KALI INI BERSAMA AJK DAN BELIA FELDA PALONG 9 DALAM AKTIVITI GOTONG ROYONG MEMBERSIH KAN KAWASAN PESIKITARAN BANGUNAN PDK SERAMAI 30 ORANG TERLIBAT DALAM PROGRAM TERSEBUT APA YANG MENARIK GULUNGAN BELIA DAN IBU BAPA SERTA ANAK KURANG UPAYA TURUT SERTA
GOTONG ROYONG ADALAH PROGRAM YANG YANG MENJADI PUSAKA ZAMAN BERZAMAN INI LAH CARA KITA MEMUPUK SEMANGAT KERJA SAMA TOLONG MENOLONG BANTU MEMBANTU TAMPA MENGIRA UPAH DAN BAYARAN SEMANGAT INI HENDAK LAH SENTIASA DI SEMAI KAN DAN  DI JADIKAN AMALAN HIDUP BUDAYA KITA WALAU DALAM HARUS KEMODENAN ZAMAN..

( Catatan Oleh : Pengerusi PDK Palong 9 )