Sabtu, 23 Januari 2010

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa & Majlis Penyerahan Elaun Khas OKU



Jumaat,22/01/2010 bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK ) Felda Palong 9 telah diadakan mesyuarat ahli jawatankuasa PDK.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Othman B.Haji Parman,selaku pengerusi PDK Felda Palong 9.Turut hadir Cik Nurul Suhaila Bt Jelani selaku penolong penyelaras PDK Daerah Jempol.Dalam agenda mesyuarat tersebut turut dibincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun.



Turut diadakan juga majlis penyerahan elaun khas OKU.Penyerahan disampaikan kepada penjaga-penjaga OKU berkaitan.Seramai kira-kira 60 orang yang telah hadir di majlis yang diadakan yang terdiri daripada ahli jawatankuasa,petugas,penyelia,penjaga OKU dan OKU itu sendiri.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagusnye..sfala aktiviti disalurkan secara direct..so yang perantau boleh tahu aktiviti di kampong..gob job for developer:)